eh eh

Thursday, May 25, 2006

lambat

izul terbaring atas katil.berselirat wayar2 dikanan kiri.hari ini sudah masuk hari ketiga izul koma di hospital.selama tiga hari jugalah nenek tak berhenti-henti menangis kenangkan cucu yang dibela sejak lahir kini terlantar diam atas katil bercadar putih itu.

semasa kecil izul merupakan kanak-kanak yang sangat aktif.suka bertanya.selalu bergurau senda bersama sepupu-sepupu.rapat dengan rakan-rakan sekolah.di sekolah izul terkenal terutamanya dikalangan rakan2 perempuan kerana sifatnya yang suka mengusik.seakan puas aku lihat muka izul setiap kali selepas budak perempuan yang diusiknya tersipu malu dan adakalanya mengajuk kerana tidak tahan dengan ejekan izul.semua orang sayang izul.

izul tinggal dengan nenek.ayah dan emak izul bercerai semasa izul 3 tahun.pak uda(ayah izul) lah yang menjaga izul selepas itu.setiap hari pak uda suapkan izul nasi.setiap hari izul bermanja dengan pak uda.izul merupakan anak kesayangan pak uda.tapi pekerjaan pak uda sebagai security guard selalu menghalang izul untuk berjumpa dengan pak uda.bile pak uda sampai di rumah,izul sudah pun tertidur di atas kerusi di depan tv.kesian izul.

aku dan izul dilahirkan pada tahun yang sama.rumah aku pula cuma bersebelahan dengan rumah nenek.jadi,kami selalu bermain bersama.buat kerja sekolah sama-sama.izul aku anggap macam abang sendiri kerana izul tua 6 bulan dari aku.kami sangat rapat.pergi dan balik sekolah kami dihantar oleh atuk.izul selalu jaga aku.suatu hari,semasa darjah tiga,selepas selesai kelas komputer,kami tunggu atuk ambil kami pulang.waktu itu panas terik.aku penat.aku lapar.kami terpaksa 'stay back' sebab kelas komputer mula selepas sahaja habis waktu sekolah.disebabkan terlampau letih,aku terasa mengantuk.kami mengambil keputusan untuk duduk di bawah gelongsor padang permainan tempat biasa kami tunggu atuk untuk berteduh.sudah 20 minit berlalu,atuk masih belum tiba."natul ngantuk ke?kalo natul nak tdo,meh tdo kat peha izul.bile atuk dah sampai nanti izul kejut,"kata izul.aku yang tidak dapat menahan letih terus lelap di atas peha izul.sejam kemudian baru atuk tiba.sayang izul.
--------------------------------------------

minggu itu merupakan minggu di mana stok2 baju sukan tiba di sekolah.semua murid2 berebut2 mendapatkan saiz masing2.aku pegang duit yang ayah bagi kuat2.takut terlepas semasa berebut2 nanti.aku toleh ke belakang,aku lihat izul datang.aku lihat baju sukan berbalut plastik dikepit dicelah lengannya."natul nak beli baju sukan ke?nak izul belikan?ramai sangat orang tu.bak sini duit,".terima kasih..=)

izul menangis teresak2 datang ke rumah aku.sambil menjerit2 nama aku.
"natul!natul!"sambil teresak-esak.aku lihat air mata izul meleleh-leleh.dadanya turun naik sambil menahan menangis.ingin sahaja aku peluk izul waktu itu.ayah dan ibu jenguk izul di depan pintu rumah.
"kenapa ni izul?siapa buat izul ni?"tanya aku.terasa aku juga ingin turut menangis.
"abah marah izul,abah kate izul tak pandai.abah suruh datang rumah natul.suruh izul pinjam kamus natul.abah nak ajar.abah cubit."jawab izul sebak.
lantas aku berlari pergi ke rak buku aku mencapai kamus.aku hulur kamus itu kepada izul.izul pulang ke rumah sambil menangis tidak henti.

pak uda tidak pernah datang untuk penilaian report card izul.tiap-tiap tahun ayah aku yang akan bertugas sebagai 'ayah' kepada izul.mujur ayah dan pak uda adik beradik.jadi ayah tidak berkira sangat memandangkan ayah faham benar perangai pak uda.pak uda memang degil.pak uda ada 'mood' dia sendiri.

pak uda menikahi acik liza semasa umur izul 12 tahun.acik liza baik.sopan,pandai buat kerja rumah,baik.acik liza jaga makan minum izul.izul gembira dapat mak baru.setahun kemudian izul dapat adik.adik izul comel.izul sayang adik dia,farah.tapi beberapa tahun kemudian,izul kembali berseorangan,bila acik liza sibuk dengan farah.izul mula nakal.izul selalu dipukul dgn 'hanger' bila makcik ana(makcik kami yang balik setiap minggu ke rumah nenek) dapat tahu izul mengacau jiran - jiran di kawasan perumahan.sudah menjadi kebiasaan izul keluar pagi dan balik malam bermain dengan rakan2.

waktu makin berlalu,kami makin membesar.kelas kami tidak lagi sama di sekolah menengah.kami makin jarang bebual.sekadar bertanya kabar apabila terserempak di sekolah.tapi seperti dulu,izul masih dengan cerita dan gaya kelakarnya dan masih suka mengusik aku setiap kali kami berselisih.rindu izul.izul rapat dengan rakan2 lelakinya di sekolah.tapi aku agak kurang selesa dengan rakan-rakannya .mereka dikenali sebagai "gangster sekolah".sering juga aku dengar izul 'fly'.izul sudah mula merokok.izul selalu ponteng skolah.tapi aku pun tidak tahu mengapa aku tetap mempertahankan izul.bukan sengaja izul berkelakuan sebegitu.
izul kurang perhatian dan belai mesra mak dan abah.

sekolah kami mengamalkan sistem MERIT.markah akan ditambah kepada sesiapa yang membuat kesalahan disiplin di sekolah.nama pelajar yang mendapat markah paling tinggi akan dipaparkan di notice board sekolah.izul nampaknya merupakan 'juara' markah merit yang bertahan buat beberapa bulan.dia mengumpul 300 points.izul banyak masalah disiplin.pada suatu hari,aku bertanya kepada izul sambil berseloroh."woaa..markah izul ah yang paling tinggi ek skang?hahaha..terernye!"
"hahahah...yeke?"jawab izul sambil tersenyum manis.
selepas keputusan PMR diumumkan,izul mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.izul mahu bekerja.izul tidak mahu tinggal di rumah nenek lagi.puas ayah,nenek,makcik-makcik aku yang lain memujuk izul supaya memikirkan kembali keputusannya itu.izul masih tetap dengan keputusan berhenti sekolah.aku lihat izul tanpa berkata apa-apa.kami saling memandang.aku sendiri tidak tahu apa yang patut dikatakan.
aku takut bila aku pujuk izul,dia akan mengatakan yang aku tidak faham perasaan dia kerana aku pada waktu itu sungguh gembira dengan keputusan 8A.aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan,tetapi membiarkan sahaja izul begitu.tetapi sumpah,sungguh, aku sangat sedih,kerana selepas ini aku mungkin tidak dapat berjumpa dengan izul lagi.

aku diterima masuk mrsm.hati seronok tak terkata.ingatan tentang izul makin lama makin hilang.aku pun sudah tidak tahu apa yang jadi pada izul.tapi apa yang aku dengar,izul kini bekerja di puchong.kerja angkat2 barang?hmm...aku doakan izul bahagia dengan hidup izul sekarang.
aku balik cuti semester.pada suatu petang,sedang aku menolong nenek melipat kain,aku terima panggilan telefon mengatakan bahawa izul terlibat dalam kemalangan.izul dihantar ke hospital.izul kini koma.
aku ke hospital dengan keluarga.hanya 2 orang dibenarkan masuk dalam bilik.aku lihat izul terbaring kaku.aku dan angah bisik pada izul."izul mesti kuat.semua orang sayang izul.kami semua rindu izul.izul kuat ye,".aku lihat dada izul berombak.air mata izul mengalir.sebak aku rasakan.
kini lagi dua hari sebelum umat islam menyambut aidilfitri.telefon berdering.aku angkat,oohh acik liza.izul dah takde!izul dh tinggalkan kita semua!yaAllah cepat sungguh semua berlalu.aku diarahkan untuk mengemas rumah,sementara menunggu mayat dibawa balik.

usop,rakan baik izul.mereka berdua bekerja di puchong.usop cerita....izul kumpul duit skang ni.izul nak dpt duit banyak kemudian boleh carik emak di penang.dgr cerita emak izul ade di penang.izul dah beli motor,boleh izul naik motor jumpe emak.izul rindu emak.

hari raya pertama
emak izul,acik ani.baru pertama kali aku lihat acik ani seumur hidupku.acik ani bertanya tentang izul.acik ani rindu izul."izul ade,mak?"tanya cik ani pada nenek.nenek masih lagi menangis.izul dah takde ani.izul rindu kamu.
cerita cik ani"saya mimpi izul,izul cakap die nk jmpe saya sgt.die kate die nk jmpe saya tapi dh tak sempat,".Dalam mimpi,izul kata"emak tunggu ye"."itu yang buat saya datang sini,mak"sambung cik ani.

lambat...

Wednesday, May 24, 2006

nak balik!iskiskisk...

uishh sume org dh nk packing brg nk balik...aku tak abis g exam nih.aiyaakkk...lamanya nk tggu jumaat..tapi tak ready jugak nk OSCE friday ni.cm tak bsedia je aku ni.byknye nk cover.tak practice sgt plak tu.rasa cm dah mls nk exam2 nih..dh ilang smgt study sbb dh nak balik msia dh.pas abis je exam jumaat ni,aku nk kemas sume buku2..kmas bilik aku,basuh langsir sume.
hahah pdhal balik 12hb.hahah lmbt g.tapi takpe ah yang paling penting aku kna layan smgt nk balik nih.heheheh
adeh ringan poket aku ni nnti.byk mnde nk byr sblm balik ni.duit sewa umah untuk 3 bulan je dah 600euro.lom masuk duit electric,broadband,hadiah2..isk,sakit jugak ah memikirkannye..mn ah nak cekau duit nih.>_<
skang ni aku dilanda syndrome malas yang ganas.banyak beno lepaknye.mls nk stay up.tatau nape,slalu sgt ngantuk awal.kol 10 je dh ngantuk.tapi bukannye aku wat keje keras pon.eh tak paham aku..oo aku tau,aku ni manjakan sgt diri aku ni..caiyuk pulut!!lagi 2 hari je lagi pastu off to holiday.ms holiday tgh main rides tu,aku nk jerit puas2..biar ilang sume rs busan..hahahah
iyahhhhhhhh!!

Monday, May 22, 2006

sigh.....=(

masa kecik2 dulu kalo kite sedih kite mesti dtg kat mak kite,mak pun pujuk smpi kite abis nangis.kalo mak kite yang buat kite nangis,kite pegi dekat ayah plak...ayah pon janji macam2,nk blikan itu ini,bw jalan sana sini..ms tu rasa macam sume orang sayang dekat kite.sume org care dekat kite....bahagianya....=)

tapi knapa skang nk buat ayah ngan ibu sedih pulak?kalo kite buat diorang sedih,knapa kite tak pujuk die balik sampai die berenti nangis?

dari statistik pihak kementerian kesihatan,70000 orang msia telah dikesan menghidapi AIDS.dari statistik tu belum lagi termasuk yang tak berdaftar ataupun yang tak jmpe doktor atau mungkin juge yang tak tahu mereka pembawa virus.kalo dihitung semua...wallahualam.

ape yang lagi menyedihkan 73% jumlah pengidap adalah melayu.taktau nk slhkan siapa dlm hal ni...nk cakap msia negara yang kurang health educated,kat sana sini ade poster psl AIDS.kat hospital or clinics abis dinding tu tertampal ngan poster2 kesihatan.dlm tv plak,sana sini org bercakap tentang prevention n ctrl of infectious diseases.berbuih jugak ah mulut bercakap...
tapi mslh yang dihadapi negara tetap tak berubah.makin ramai pula yang dijangkiti.makin meningkat pula statistik..patutkah kite labelkan rakyat msia sbg rakyat yang tak mkn nasihat atau degil?

mengeluh doctors,pakar2 saintis bile kna carik ubat dan cara yang wajib dibuat untuk control spread of the diseases.tapi majority rakyat hanya biarkan dan berikan semua tanggungjawab kepada pihak atasan.moga2 diorang tu jmpelah ubat nk ubat kitorg ni ha....
dalam hati,"alah..aku layan ah BARANG tu skang,pas aku dh insaf aku amik ah ubat yang baru kluar tu,murah plak tu..setakat sekeping dua notes ape hal sgt?"

drugs untuk treat AIDS baru diperkenalkan..murah dan lebih efektif.woaaa...seronoknye..dah maju kite skang kan?

mslh perlu dilihat dari akarnya bukan putiknye.bile sebatang pokok rosak,bukan kite cantas rantingnya,tapi lihat dari akarnye dan juga tanahnya.samada tanah terlalu berasid atau terlalu berakali.kurang air atau terlebih air?atau mungkin ada yang meletak racun?siapalah tahu?

melihat kepada mslh masyarakat sekarang ni,kite boleh memegang pd analogi pokok di atas.lihat dan teliti cara didikan,peka tentang ilmu yang diberi,celikkan mata kepada kesan ilmu yang diberi.hati2 dgn racun yang mungkin ditabur...

anak2 pemimpin dunia akan dtg,takkan nk penagih2 ni tadbir negara?sigh...keseronokan yang cepat,mudah dan indah selalu diidamkan oleh pemuda pemudi era teknologi ini.itu bukan idaman,kalo nk dpt pon senang...

kata puteri dlm rancangan tv3 tu,"kata org, muda hanya skali,so ape lagi,kite njoy!!"...alahai puteri tu.kesian aku tgk die...mcm naive sangat,ade ke ikut ape yang org kate..mmg ah mude skali..idup pon skali gak..

ntahle...sigh!!

Friday, May 19, 2006

takde tajuk

dah seminggu aku tak g attachment.pfuhh dasat pulut..huhu..eh bkn aku sorg ek..stacey pon tak g gak..heheh ye ah ye ah selasa ni aku g ah.ye2 aku berusaha...
aritu aku excited gile nk balik msia.tapi lelama cm dh ilang dh excited tu.tatau nape..tak bli g pape present kat org2 msia.nnti2 ah,blur sbnrnye nk bli ape untuk dorg nih.kang aku bli je ah coklat bebanyak.tiap2 thn bw coklat..sian dorg...busan dh agaknye..heheh..=P
yeay tak sabarnye nk g london n blackpool ngan liyana n marisa ujung bln ni.really looking forward...nk main2..jalan2..penat2...sonoknye jalan!wpon aku tak suke sgt g UK tu tapi disebabkan atas nama jalan,aku suke je..tapi kalo dpt jln tempat lain lagi best..takleh lupe g italy aritu..>_< sonok gile ah g ngan korg!!jom jalan lagi..
kna berlatih osce plak skang ni..adoi gerard ni mmg nak dera kitorg ke hape?maleh aku osce2 nih...tapi sbnrnye bgs jugak takde ah aku terkontang kanting nk buat kat msia nnti ms balik nih..kompiden skit bile nk ckp ngan patient..huhu hope so!

Wednesday, May 17, 2006

sami yusuf



masyaAllah im really impressed and stunned with sami yusuf.the way he sings,acts and the way he talks resemble a very good muslim.
muke die bercahaya macam memancarkan ape yang ade dlm hati die.tenang.subhanallah..
his songs contain of meaningful words that have the power to make everybody remember the love of Allah.may Allah bless him and guide him..insyaAllah.
speechless!!love him...

Tuesday, May 16, 2006

plik juge

pelik sungguh bile membaca headline utusan hari ini...TINDAKAN BODOH-NAZRI.
bile baca petikan headline tu aku terpikir,pandai benarkah org yang berkata tu?cukup benarkah ilmunya?and what made him think that he is more superior compare to those 5oo people?apakah kurang pengetahuan mereka?cetek benarkah pemahaman mereka?atau bodoh betulkah mereka itu?hmm wondering...

manusia dikurniakan oleh Allah mulut dan akal yang digunakan seiring sbagai slah satu cara komunikasi antara stiap manusia.tapi pastikah kite kurniaan Allah ini kite gune dapat ke jalan atau cara yang betul atau adakah kegunaannye untuk memuaskan hati memenuhi nafsu kepentingan diri?
berdesup kata2,lancang ucapan,berdesing bahasan apabila mulut digerak spt peluru yang dipointkan untuk membunuh.apabila terkena si mangsa maka lemah longlailah dia.nescaya puas lah hati sang pembunuh bila si mangsa jatuh tersungkur.pertuturan yang bermotifkan pembunuhan ini penuh dengan nafsu menurut kehendak yang bukan berasaskan kebenaran islam.

sesungguhnya Allah lah yang memegang hati setiap hambanya.kita hanya berusaha bertanggungjwb untuk memastikan semua umat hari ini telah dapat gambaran tentang kesucian dan keunggulan islam selainnya kita serahlah pada Allah.Dia lah yang berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang beruntung dan tidak memberikannya kepada sesiapa yang rugi.
aku tak paham tentang keadilan yang dilaung2kan oleh SIS dan IFC.kemarahan aku meluap2 bile mengetahui tentang permintaan mereka supaya undang2 islam diubah dan disusun semula supaya adil dan boleh diterima oleh semua agama.dah berfikir atau tidak sebelum berkata2?

agama islam bukanlah agama yang baru dijumpai atau yang baru direka.islam bukanlah agama rekaan spt agama lain.islam dtg originally from Allah.islam merupakan cara idup manusia yang memberi ptunjuk serta guidance oleh Allah tentang cara untuk idup di dunia ini.islam lengkap merangkumi semua,mengajar sejak manusia lahir hingga manusia itu mati.setiap perilaku dan perasaan yang perlu dirasa juge telah diajar.ditambah dgn sunnah rasulullah sbg pelengkap,aku rasa cukup teratur dan lengkap ajaran Allah ini.siapalah kita untuk mempertikaikan ketetapan Allah ini.wahai rakan2 sekalian,sombong benarlah kita bile mencampakkan dan meremehkan kurniaan Allah ini.perlulah diingat bahawa jasad dan akal yang diberi oleh Allah ini hanyalah pinjaman semata2.bile tibe masa kuasa Allah nak tarik cabut roh dari jasad maka hilanglah peluang yang dulu kita sia2kan.janganlah memalingkan hati kita dari kebenaran ini.sujud dan tunduklah kepadaNya.lemah sungguh kita ni...mampukah kite menahan siksaan Allah diakhirat kelak?sesungguhnya keras benarlah siksaan Allah itu..

pastikah org yang meminta keadilan faham dgn maksud keadilan itu?adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnye.jika tanah patut berada di bawah untuk dipijak maka di bawahlah ia.jika buah perlu berada diatas pokok maka di ataslah ia.begitu jugalah keadilan.adil yang dipinta oleh SIS dan juga IFC adalah kesamaan hak asasi.hak asasi yang kecoh dipertikaikan ini adakah mampu dicapai?bile semua org mempunyai hak yang sama,maka dimanakah kedudukan pemimpin?adakah sama juga levelnya dengan yang dipimpin.jika sama,maka tidak wujudlah pemimpin.maka tiadalah yang dipimpin dan tidak terpimpinlah natijahnya.akhirnya bercelarulah masyarakat apabila keSAMAan yang diperjuangkan.islam sudah cukup membicarakan keadilan dari segi pembahagian harta,tanggungjawab anak2 terhadap ibu bapa,keadilan dalam ekonomi serta politik.menipulah org yang mempersoalkan keadilan ini bile mengatakan die memperjuangkan hak asasi semua dan tidak mahu terikat dgn undang2 yang tidak adil jika die menidakkan kebenaran bhw die sbnrnye inginkan kepuasan diri dan ade kepentingan individu.

bangun dan bangkitlah wahai mujahidin.soraklah laungan Allahuakbar.kembalikanlah smgt abu dzar,marakkanlah rs cinta perjuangkan agama Allah ini agar keadilan islam dpt menyinari bumi Allah ini.

Sunday, May 14, 2006

=)

islam menyelaputi seluruh perkara.agama Allah ini sgt suci.hanya org2 yang berfikir sahaja yang dpt rasa kejernihan isi yang diajar oleh panduan hidup hadiah Allah ini.
kemanisan iman patut dikongsi bersama diselami bersama.supaya setiap ari dpt kita mengukir senyuman puas bila cinta kita diterima Allah.
kebahagian mencintai Allah adalah satu ketenangan.meresap dlm jiwa mengalir dlm setiap drh..alangkah indah hidup kerana Allah bila hati mengingatiNya.bila susah tiada gelisah,bila sakit tiada resah dijiwa...subhanallah...

Saturday, May 13, 2006

journey

aku slalu tgk org yang nampak gembira setiap ketika setiap detik...tapi sbnrnye die bkn org mcm tu.sbnrnye die ade byk mslh yang die slalu runsingkan.tapi die suke tunjuk kat org yang die seronok showing that he/she is happy with their life.
psychologist called it as a defence mechanism so that a person can cope with his life.they are not hypocrite but thats just the way they can survive in this tough world.i believe that all of us semua penah hadapi keadaan cmtu.it might not happen all the time but it is how we put on another step in this JOURNEY of life.

Tuesday, May 09, 2006

dust is my bed?

tadi aku tgk satu video clip kat you tube...tajuk die dust in my bed.hmm...takutnye bile memikirkan maut yang datang bile2 masa2 sahaja.
tak mampu seorg manusia tu nk tolak atau mintak Allah delaykan waktu kematian seseorang tu.bile dust dah jadik tempat tidur kite,itulah kali terakhir kite dapat lihat light dari bumi.sudah tidak ada masa lagi untuk berundur perbetulkan kesilapan yang dh kite wat slama nih.malaikat maut jenguk kite 70 kali sehari perhatikan kite,menunggu arahan Allah untuk ambil soul kite kluar dari jasad.tapi pastikah kite samada kite dah bersedia atau tidak untuk hadapi waktu kematian kite?siapa tau dlm keadaan ape nyawa kite akan diambil?adakah sewaktu kite tidur,makan,gelak ketawa,mandi,bersuke ria?semoga kite dimasukkan dlm golongan org2 yang diambil nyawanya dlm keadaan yang tinggi imannye.insyaAllah...

Allah berfirman:"kamu tidak tinggal(di bumi)melainkan sebentar sahaja,jika kamu sesungguhnya mengetahui;maka adakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu dgn main2(saja)dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
almu'minuun(23:114-115)

hidup kat dunia ni sekejap sgt...sgt2 sekejap.kalo nk dibandingkan hari akhirat ms kite diberi balasan oleh Allah...idup ni mcm sesaat je.sbb tu kite kna sungguh2 untuk carik keredhaan Allah masa idup di dunia nih maka tak seharusnye kite curahkan sepenuh perhatian dan fokus terhadap perkara duniawi semata2...tapi aku ni cmne?aku dh cukup bersedia?andai kata aku nyawa aku ditarik oleh Allah sekejap lagi?dah cukupkah bekalan aku?adakah aku masih berada dilautan derhaka berombakkan dosa?=(

bile blaja medic nih terasa sgt maut tu dekat ngan kite.setiap ari jmpe dgn patient yang Allah jadikan reason untuk ade illness sbgi sbb untuk mati.Allah ade plan sdri untuk setiap hambaNya...semua Allah buley buat.besar sungguh kuasaNya.bile blaja patho,blaja psl causes of sudden death,terasa mcm ya Allah bile2 je aku buley lenyap dari dunia..

sombong sungguh diri aku ni..slalu lupe dgn setiap ape yang dah diberi.lupe nk bersyukur.lupe nk buat kebaikan.lupe nk mintak maaf.lupe nk senyum.lupe nk hargai diri sdri...
yaAllah tunjukkanlah aku yang terbaik..berikanlah aku yang terbaik untuk diriku dan agamaku.

Monday, May 08, 2006

repent

woke up from sleep and suddenly thinking of past mistakes that ive done to people around me.guilty and sad to those people.i am so sorry...really i am!did too many things that hurt so many people including those that i dunno.tatau nape..tetibe rasa sgt berdosa...
i was too arrogant and egoistic sumtimes.iskiskisk...so weak that i cant even control myself from being such a jerk.if i can sum all those sins up altogether,i dont think i will have enough time to ask for forgiveness from everyone of them.
woaaa..so weak...wut i always do is just make mistakes n repeatedly repent.but i know for sure that Allah is there and always accept taubat hambaNya...huhu..
to all my friends,love u so much..if i could have the courage and strength all the time,just want u to know that i ever cut u open,hurting u...remember that i never meant to do that.because i will surely feel so terrible after that and maybe i dun even realised i did that.
taknak jadik org yang kna beratur di akhirat nnti jadik org yang bankrupt...giving sume pahala dekat org2 yang aku pernah buat dosa.uishhh rasa sgt lemah n berdosa.smoga Allah terima pengampunan aku ni.ya Allah...kotor sungguh hambaMu ini...janganlah Kau biarkan aku sendirian menentukan jalan idup aku..=(

Sunday, May 07, 2006

btol ke ek bile org kate?

btol ke ek bile org kate...
jangan jaga tepi kain org?
abistu nape org jaga tepi kain aku?hahaha
eh tepi2...main jauh2..

btol ke ek bile org kate...
dont judge the book by its cover?
abis tu nape buat buku cantik2?
saje ah tu soh org beli..

btol ke ek bile org kate...
org melayu cepat lupe?
abistu takkan ah sume org tua yang ade alzheimers disease org melayu?
eh...mn ade

btol ke ek bile org kate...
cinta itu buta?
tipu ah..
bukan cinta yang buta..org yang buta
cinta bukannye idup..mmg ah die takde mata
cmne nk nmpak

btol ke ek bile org kate...
njoy ur life to the fullest?
eleh konon best ah ayat die tu
mn leh njoy je smpi ko ms ko tinggalkan dunia(mksd to the fullest)
kna beramal jugak..

btol ke ek bile org kate...
idup ibarat roda?
eh yeke?tak ah
idup skali je..mn pusing byk kali

btol ke ek bile org kate...
kalo boleh nk seidup semati masa bercinta?
jangan buat lecey ah bang
burfday korang dua tak sama pon...

btol ke ek bile org kate...
practices make perfect
uishh kate nobody is perfect
so buat pe nk practice
pnat je...

btol ke ek bile org kate...
kawan leh jadik lwn?
ye kot..sawan ah member cmtu..

btol ke ek bile org kate...
pompuan ni kuat ngajuk?
sudah ah..pandai je kate org..
diri sdri peksa dulu bang

btol ke ek bile org kate...
budak medic skema?
hahahah..gelak wei..gelak..
mmg budak medic suke ikut skema bile jwb soklan
abis takkan nk repeat paper beb!!uishh taknak..

btol ke ek bile org kate...
laki nmpk macho kalo isap rokok?
eh mmg ah...
cpat kna MAsuk+Clinic+HOspital=macho
sila2...jangan malu2 masuklah

btol ke ek bile org kate...
durian busok?
ahh gedik ah org tu..
taknak mkn diam je ah..byk cite lak

btol ke ek bile org kate...
pulut suke mengarut?
ahahahhaha..
pedulik

Friday, May 05, 2006

saya tak suke

yeay arini ade org blanje aku mkn.eh tapi die blanje burger je ah..uishhh mcm tau je sape yang blanje tuh..hmmm sape ek?ceiss soh ckp anonymous konon...nway thanks ek kat org tuh..hmmmnk ckp time kasih pon tatau kat sape.ckp kat blog je ah snang skit...
tadi aku tak g ape2 pon yang ade..hmmm sian aku n stacey rasa cm kna buang je.sbb takde sp nk ajar kitorg sume bz..hmm..dahlah aku blur dgn plastic department nih.klam kabut je...pastu aku pon tatau bile aku kna g OT.sib baik smlm dapat g.nnti aku nk g lagi..mintak2 dpt tgk org wat skin graft.tak aci ah budok 2 org tu je yang g.mn aci kalo dorg je yang g.kite ni blaja medic bukan nk compete cik adik sekalian(james n d)...sume pon akan grad sesama nnti.kat cni kite nk gain same2 ilmu.so kalo ade pape kongsi ah.jangan mkn sorg2...eh aku takde ah marah..just cm rase tak best ah..ye ah kite kan satu team.kalo ade pape yang leh kite wat same2 ajak ah kitorang skali.pastu buat aku rs bersalah aku tak g.uishh tak best ah nih.dahlah susah nk jmpe surgeon2 tuh.tapi ye ah aku mmg ah agree yang aku kna ade inisiatif sdri kalo aku nk sumthing.but the thing is if i dun get the chance,why dun u guys help us out?
eh am i being poisoned by stacey?hahahahah..like that word..nope lah..its not stacey.its just me who created this feeling for those who are selfish by my ownself.
tapi aku igt ah mak aku kate....jangan dok salahkan org lain.kalo org lain tu takleh nk tolong kite,kite yang kna tolong diri sdri.kalo tak smpi bile ah aku nk duk kat tepi sudut bilik ni.yup!thats the motivation for myself today...heheh...need to boost up my motivation everyday so that i wont be so damn lazy tak buat ape2....gain nothing,wasting my time n at the end sedey knapa aku buat cmni n cmtu...

feel like doing nothing

feel so terrible these days.taknak buat ape2.its like my body is here but my heart is already in msia...arghhh...cant take it anymore.but still got another 30 plus day before going back to msia..iskiskisk so sad.seems like everyday i text my mom.telling her how i miss them so much.thought that she's going to say,we miss u too(really want her to tell me that........heheh) but she said dun be that excited,finish whatever tests u have now..taknak..lagi ah busan...aku tak suke test..sape yang suke?uishh sp yang suke tu mmg gile!!
lying on my bed for hours waiting for the time to move on until the day i can go back to msia.hahaha..kan best kalo cmtu?i think sum of my fren started feeling bored cause i keep telling them everyday that betapa tak bestnye hari2 aku..
hahahah sian...

Wednesday, May 03, 2006

hmm..smgt2!

smalam aimi ckp kat aku,aku kna beria2 dgn attachment dermatology nih.jangan memain sgt.put more effort untuk dtg dan sentiasa bersemangat nk blaja..huhu...time kasih aimi..pas aku dgr nasihat die tuh,aku terus rasa smangat nk blaja wpon masih ade perasaan malas n excitement nk balik msia tuh.smgat tu susah nk luntur.
actually bknnye aku nk balik sgt,but its just that aku nk sgt holidays.doing nothing even tho have to do daily routine works at home as a temporary maid.but i wouldnt mind doing all those things asalkan dapat dok umah.ntahle takde langsung perasaan busan dok umah.best je.tapi satu perkara yang kurang best adalah nnti aku gmok.huhu..ye ah dok umah tak wat pape sure aku melantak je.makan je..pastu bile sume org kat umah dh balik aku mkn ngan dorg g..huhu...that is the most precious time yang aku paling suke.borak2 ngan family about their daily life.ahhhh..miss them so much.miss my besfren too!=)hope to see u soon!

Monday, May 01, 2006

BEING APPRECIATED


i need to really feel grateful for wut i have now.lately feel so happy wif my life.keep smiling for wat ive gained.thanks to those that made my life so damn good recently.even tho last week was so horrible ngan perasaan yang malas nk wat pape.but at the end it was all end great.
aku realize sumthing that is so important in someones life is friendship.u cannot live on ur own.sume org tau about this fact.but once ko ade kat tempat tu baru kite leh rasa betapa bestnye being wif those friends yang kite syg.
thanks so much to my very 'best friend' yang phm ngan diri aku ni.wpon aku maybe agak complicated.eh yeke?tak kan wei?dah lame knal ngan ko,dah masuk 5 thn kan?hmm...lame tu ko jadik besfren aku.tp rs cm dh knal ko smnjak dr kecik g.rs cm slalu je main ngan ko masa kecik2 dulu.hahaha agaknye ms kecik aku pnah berselisih ngan ko ke kan mn tau.hahahah...but wat im trying to say here is that i really appreciate u as my very best fren.tatau ah ape ko dh buat dalam idup aku.tapi ur presence really make me happy.=)
nnti bile kite dh besar(eh mmg dh besar pon),kite msti ikut haluan sdri.so kite msti ade komitmen masing2kan?nnti agaknye kite pon akan jarang contact.life changes...hmm..sedey kan waktu tu?tapi takpe ah..aku mmg slalu akan doakan ko smoga terpelihara iman dan sentiasa diberi ptunjuk oleh Allah dlm setiap apa yang ko lakukan.thanks for being my fren!!=)