eh eh

Saturday, February 16, 2008

hati

Allah cipta manusia dgn satu organ yang bernama hati.manusia berfikir dan bertindak melalui kata hati dan logik akal tapi yang lebih wajar adalah melalui telunjuk iman.

pedih dan terkedu rasa hati bile mendengar luahan hati seorang sahabat.tiada lagi rasa di hatinya memuji kebesaran Allah.hatinya kering.aku pandang lirik matanya,sayu tiada cahaya.mudah saja dia salahkan apa yang ada,apa yang berlaku.knapa untuknya,knapa pada dirinya sahaja?tidak cukupkah bebanan yang diberi?hati ini sudah rapuh katanya.terpadam semua sinaran keajaiban ciptaan tuhan,hilang semua apa yang dulu dikagumi.dipupuskan jua sygnya dan cintanya pada ya rabbi.dia kulihat hilang arah.hati resah,tak berhenti mulut mengeluh kesah.

kau tahu ape yang ingin aku buat?

aku ingin peluk dia sekuat hati.bisikkan ditelinganya zikrullah.agar dia faham isi hati ini...

Sunday, February 10, 2008

pain

something is wrong
i could sense it
things are not normal as it used to be
btol ke?

i should see a cardiologist
please check my heart
can u hear any murmur?
what about thrill?
please check with ECG possibly u could detect t inversion
or ST elevation
my heart is aching
but i still couldnt find any trigger for the pain

what about neurologist?
my head is severely injured
a big hard rock smashingly hit my head
it hurts
please hurry and scan my brain with CT scan
see if u could find any lesion?
is it swelling?
cause im a bit off form for these few days
it could be because of the high pressure in my brain
oh yes,neurologist!
please check my sensation if u are free
i think i gradually lose my sensation
i feel nothing

wait gastroenterologist!
my stomach hurts
please have a look at it laparoscopically
i dont prefer endoscopy,
im sorry ive had enuff pain
have u scanned me septically?
im afraid if my liver is infected

i need morphine
increase the dose please
oh dear,please bear wif me
while im trying to fix things out
im glad if u do
hopefully i'll be ok
i cant tell you what or why?
just be patient ok dear?

Monday, February 04, 2008

snipers

atas desakan dr pihak itu(heheh...desakan ek?),aku pon decided not to talk about myself today.aku ingin berkongsi dgn rakan2 tentang peribadi dan ape yang aku nmpk pada setiap diri kwn2 aku ni.aku akan bercerita pasal osmets aku.okeh.... start!




budak ni namanye hani.bilik beliau dibawah dkt sebelah kitchen.bilik yang selalu sahaja aku gelar bilik khadam kerana kedudukan geographynye.bukan salah aku...heheh.beliau sering merasakan dirinya terlalu gemuk sehinggakan terpikir utk membuat liposuction.sungguh dasat skali.aku pon tak tahu apa lagi yang ingin dihilangkan dari dirinya.pernah juga aku suggest supaya memotong kaki dan tangan utk mengurangkan berat badan,tapi cadangan aku ditolak bulat2.aku pon tak tahu mengapa.mungkin pada dasarnya anda akan melihat beliau sbgi seorang yang kecil dan comel(yeke?die sdri yang mengaku).tapi setelah aku mengetahui dalamannya,beliau bukanlah kecil,tapi besar.besar angan2nya.banyak yang difikirkannya wpon ada yang disimpan dalam hati.aku tau itu sume....dulu beliau agak kurang berkata2,tetapi itu semua telah berubah smnjak tinggal di snipe lawn.perangainye sudah semakin liar kurasakan.mungkin ingin berebut jawatan ketua rumah dgn liyana sbb itu die ada kalanya diktator juga.heheh...beliau juga rakanku utk melayan lagu2 indon.dan juga teman exercise serta sauna.ingin bersukan,ajak je beliau tanpa ragu2.ye lagi satu,sudah bertahun2 lamanya tak makan nasik.ape ke hey?




manusia kecil ini pula namanya pinah.mmg sgt kecil.aku ingat aku sudah cukup kecil.tetapi ada lagi insan yang lagiii kecil rupenye.orangnya alahaiiii lembut sungguh.hatinye juga sgt lembut.jangan ingat wanita ini orang yang tiada pendirian,nampak sahaja lemah.tetapi kuat semangatnye.ingin carik teman bekerja?yaa inilah calon yang akan aku berikan.beliau juga suke buat pizza.tetapi akhir2 ini pizzanye makin keras.mungkin sudah pudar kasih sygnye smasa membuat pizza.aku pon keliru.jadik beliau quit sbgi pembuat pizza.suaranye sungguh kecil dan nyaring.aku pikir sesuai dgn karakternye.beliau juga sering gelabah jika ditimpa masalah.tapi jangan risau cik POLOT sedia menolong anda.beritahu saja pasti aku membantu.=)bilik beliau banyak bunga2 kertas yang ditampal.kadang2 kurasakan seperti tadika harian.tetapi mungkin juga seperti sedang bertanding pertandingan kelas tercantik.hehehe jangan marah.aku masih keliru.sgt suke warna pink.senaraikan sahaja apa keperluan pink yang kamu mahu.pasti beliau boleh sediakan.




beliau ini adalah aida.biliknya besar....maklumlah citarasa besar agaknya.duit juga besar,tak macam aku.sungguh rajin beliau ini.bersungguh2 turun naik tangga hospital aku perhatikan.kertas2 juga sering berselerak di bilik besarnya itu.menunjukkan yang beliau cintakan ilmu.amat sopan pada luaraannya.di dlm mungkin juga.hehehe...ye kamu baik.sering menjadi tutor aku utk blaja.ape2 saje subject?ye suarakan saja pasti beliau boleh menjawabnye.sgt cemerlang akademiknye.seorang yang berkaliber.sempoi sungguh beliau ini.aku telah mmbri beliau evening bag supaya beliau bergaya ke kenduri kawen.suke mengatakan..."ah diam ah ko" kepada orang ramai terutamanya kepada aku.ahahah padan muka ko,aku suke manja2 ngan ko.jangan lah marah sgt.hahaha sabar ye.huhu suke aku mengenakan beliau kerana mukenye yang toya..ngeheheh...ok ok mintak maap tutor,pasni ko taknak ajar aku dh.huhu...

wanita ini bernama zai.kak jai....heheh memain je.org ckp muka beliau manis tapi teh yang aku tgh minum ni lagi manis.bilik beliau depan bilik aku.setiap kali aku membetulkan tenet,aku terdgr beliau berborak dgn orang yang ditelepon.aku tak pernah berniat utk memasang telinga,tapi apakan daya aku berada di situ.aku terdgr lah jua.tp takpe zai,aku tak kacau privacy kamu.beliau suke betul gelak,tersengih sentiasa.gelak kecil perasan comelnye slalu aku tegur,eeee manjanye.heheh...beliau seringkali bersabar dgn bilik aku ni.bilik yang paling bising.bukan aku yang buat bising tetapi rakan2 yang lain yang bertanggungjawab.kesian aku..aku tak bersalah..erk.beliau mempunyai pendirian yang tetap.tidak takut mengatakan apa yang bg dirinya adalah betul.kagum...kagum.percaya pada diri sdri.beliau amat suka mengusik dan mengejek aida.aku pon suke join,menambah2 ayat.heheh...bilik beliau juga sering menjadi markas kedua untuk kami satu rumah berkumpul selepas bilik aku.di dlm rumah ini,beliau amatlah penting sbgi driver.beliau sahaja harapan kami utk bawak kete manual.ngahahah...kami takkan melepaskan beliau dari rumah ni.jika tidak kami tidak dpt lagi ke dunnes store terryland dgn kereta.



ni pulak cik liyana yasmin.anda akan sering sahaja melihat beliau mengunjungi kamar2 osmet lain.jika tidak dpt mencari beliau di bilik,pergi sahaja ke bilik org lain.pasti sahaja beliau berada di sana.beliau adalah pakar memasak lauk,tetapi bukan kuih.fail!ahahah takpe beliau sgt berusaha belajar.aku kagum dgn kesungguhannya.bilik beliau di bwh.sungguh kemas aturcaranya.aku pernah berguru dgn beliau tentang cara melipat baju yang betul supaya wardrobe anda sentiasa kemas.terima kasih.beliau seorang yang possessive.adakalanya merasakan kwn yang rapat dgnnya hanya lah utk dirinya sahaja.aku takut!aku tak mahu terkongkong!hehehe...tapi tak mengapa,beliau adalah pembimbing rakan sebayaku.menasihati aku dikala aku perlukan dan juga tidak perlukan.beliau sering terkeliru dgn dilema dan masalah dalamannya.smpi sekarang masih tidak dpt keluar dari kekeliruan itu.mungkin beliau ada personality disorder yang belum diketahui.itu laaaa,aku dh cakap,lain kali order btol2.jangan main order je,kan dh disorder.ye beliau kurang suka aktiviti bersukan berkumpulan.mungkin beliau merasakan diri beliau kurang layak utk bersama pemain2 ternama seperti aku.puas aku ajak main netball or basketball.masih juga kurang minat.




haa beliau adalah maedy.used to tinggal kat snipe lawn.tapi skarang beliau bekerja di roscommon sbgi seorang doctor.beliau adalah seorang pakar sejarah.ingin tahu tentang ape terjadi di zaman melaka?zaman turki uthmaniyyah?aku semakin berminat utk mengetahui tentang sejarah islam dahulu.bagaimana islam menguasai dunia dan ape yang menyebabkan islam jatuh.kami yakin dgn janji Allah islam pasti akan unggul kembali dan berdoa agar kami termasuk orang2 yang menjulangnye.aminn..ye beliaulah sumber sejarah aku.aku suke melayan cerita2 sejarah beliau.kerana beliau minat membaca buku2 sejarah.kami berdua minat dgn tulisan faisal tehrani.beliau selalu mengrecommend kepada aku buku mn yang best dibaca dan blog ape yang menarik.ingin tahu lebih lanjut tentang jin?beliau jugalah orangnya.setiap kali cerita jinnya keluar,kami akan keluarkan effect2 asap disekeliling kami supaya cerita beliau lebih menarik.hehehe...pada mulanya beliau ku ingatkan seorang yang sombong orangnya juga garang.kerana dari riak mukanye terpancar sikap ketegasan seorang pemimpin.tapi setelah mengenalnya,beliau agak manja orangnya wpon seringkali berdalih bile aku katakan sedemikian.





makcik ini pula marisa.gambar diatas diambil semasa kami berbulan madu di london yang pada kala itu sgt terik cuacanya.bangga sungguh dapat tangkap gambar bersama pakcik disebelahnya.marisa juga merupakan doctor di galway.mukenye nampak garang kunun macho.ramai juga junior yang takut padanye jika tidak kenal.tetapi die takdelah semacho mana,masih juga ayu dibeberapa ketika.seorang yang kuat semangat.apa saja cabaran tabah dihadapi beliau.sering melepakkan dirinya di bilik aku smasa beliau final year wpon dh sejuta kali aku halau.tapi masih tak berganjak.tapi aku biarkan sahaja beliau selesa melepak dibilikku yang sgt gemilang itu.skarang beliau tinggal dgn roque.beliau merupakan teman aku utk bermain di theme park.wpon ada kalanya aku agak takut.tapi atas desakan beliau dan liyana,aku memberanikan diri melayan roller coaster yang akhirnye aku sgt suke.putih orangnya kerana berdarah cina.makanan yang beliau masak selalunye ala2 masakan cina.sgt terkenal di snipe lawn dgn laksa sarawak beliau.huuuu sedapnye.suke gelak kuat sesuke hati die sehingga dpt kudengari bunyik gelak itu di dalam teaching lab semasa study grup aku sedang berlansung.seorang pembeli tshirt threadless yang sangat loyal.slalu sahaja ada tshirt baru yang dibeli melalui tenet itu.designs thsirt yang dibeli sungguh cool.terima kasih kerana menghadiahkan aku salah satu tshirt yang kamu beli.aku suke!



ini pula adalah roque?manis kan?sbb beliau suka makan manis.jika aku suke makan benda manis juga aku akan seperti beliau.tapi aku tak kisah.beliau juga adalah seorang doctor.satu rumah dgn marisa.sgt suke bermain guitar dgn marisa.acapkali aku dgr tali guitarnye dipetik di dlm bilik.teman aku melayan dr.house,tetapi aku telah lama quit kerana busan.beliau jugak seorang yang sempoi.suke gelak besar jadik bingit telinga aku jika ditambah dgn gelak marisa.aku gelar beliau sbagai mat bunga.cube menggelar aku sbgi mat dot tapi cadangan itu aku tolak mentah2.tiada harapan utk memanggil aku dgn nama itu.tp akhirnya beliau akur dgn gelaran yang aku beri.baju,duvet cover,beg,kasut dan apa sahaja ingin bercorak bunga.smpi pening aku tgk.eheheh..suke ati je ejek ko.ngaahahah...beliau merupakan ratu ebay.setiap minggu pasti akan mendapat pelbagai parcel atas nama beliau.ape yang die bli pon aku tak tau.selalu sorok2 ape yang dibeli,kerana takut diejek oleh rakan2 seperjuangan.takpe...kitorg akan explore sdri tanpa pengetahuan beliau.ahahahah....


okeh....panjang sungguh entry aku kali ini.harap puas hati ngan description yang aku buat.heheheh...jangan marah =p


yang paling penting aku nk cakap disini korang sume telah bersama di masa susah dan senang aku.jadik time kasih banyak2.smoga Allah membalas segalanya.aminnn...=)

Sunday, February 03, 2008

ceritera




aku dh quit jadik pelakon tambahan.sekarang melebarkan sayap utk menjadik director plus editor.uish kerja berat tuh.jangan memain.setelah berjaya mendapat tempat kedua dlm oscar award smlm,aku ingin meneruskan kerjaya ini lebih jauh lagi.aku taknak jadik pelakon...penat.aku sanggup menjadik doctor rather dr jadik pelakon.

smlm masa tayangan muvie snipe lawn,aku cuak gile takut penonton tak dpt menerima idea bernas kitorg.maklumlah bak kata hani,otak org pandai susah nk dipahami.so aku tak kisah kalo org tak paham.kitorg snipe lawn mmg cuak gile sblm tayangan.terasa muvie yang telah dibuat sgt low class skali,wpon pelakon yang kami gunakan adalah terdiri drpd barisan pelakon2 handalan.tapi masa tayangan tu,sorak jerit dan ketawa penonton memuaskan hati kami.legaa...org dp terima.

cite seram comel yang kami hasilkan ini adalah titik tolak kejayaan aku.slpas ini aku pasti jadik lebey terkenal sbgi pengarah terulung era ini.tp ape yang membengangkan aku adalah acara finishing muvie ni utk pasaran dvd mengalami masalah teknikal pulak.tatau nk buat cmne.byk cara dh aku buat.die takleh nk save gak dlm cd ke,pendrive ke even dlm comp pon.tp takpe...pikiran positif.aku akan usaha lgi.takkan la nk jadik kenangan je....???haaa???

maaf kepada peminat2 lelaki.cite ini tidak dpt ditonton oleh kalian.jangan risau...jika ada umur yang panjang akan aku usahakan cite baru yang dpt kalian saksikan.heheheh..