eh eh

Thursday, May 25, 2006

lambat

izul terbaring atas katil.berselirat wayar2 dikanan kiri.hari ini sudah masuk hari ketiga izul koma di hospital.selama tiga hari jugalah nenek tak berhenti-henti menangis kenangkan cucu yang dibela sejak lahir kini terlantar diam atas katil bercadar putih itu.

semasa kecil izul merupakan kanak-kanak yang sangat aktif.suka bertanya.selalu bergurau senda bersama sepupu-sepupu.rapat dengan rakan-rakan sekolah.di sekolah izul terkenal terutamanya dikalangan rakan2 perempuan kerana sifatnya yang suka mengusik.seakan puas aku lihat muka izul setiap kali selepas budak perempuan yang diusiknya tersipu malu dan adakalanya mengajuk kerana tidak tahan dengan ejekan izul.semua orang sayang izul.

izul tinggal dengan nenek.ayah dan emak izul bercerai semasa izul 3 tahun.pak uda(ayah izul) lah yang menjaga izul selepas itu.setiap hari pak uda suapkan izul nasi.setiap hari izul bermanja dengan pak uda.izul merupakan anak kesayangan pak uda.tapi pekerjaan pak uda sebagai security guard selalu menghalang izul untuk berjumpa dengan pak uda.bile pak uda sampai di rumah,izul sudah pun tertidur di atas kerusi di depan tv.kesian izul.

aku dan izul dilahirkan pada tahun yang sama.rumah aku pula cuma bersebelahan dengan rumah nenek.jadi,kami selalu bermain bersama.buat kerja sekolah sama-sama.izul aku anggap macam abang sendiri kerana izul tua 6 bulan dari aku.kami sangat rapat.pergi dan balik sekolah kami dihantar oleh atuk.izul selalu jaga aku.suatu hari,semasa darjah tiga,selepas selesai kelas komputer,kami tunggu atuk ambil kami pulang.waktu itu panas terik.aku penat.aku lapar.kami terpaksa 'stay back' sebab kelas komputer mula selepas sahaja habis waktu sekolah.disebabkan terlampau letih,aku terasa mengantuk.kami mengambil keputusan untuk duduk di bawah gelongsor padang permainan tempat biasa kami tunggu atuk untuk berteduh.sudah 20 minit berlalu,atuk masih belum tiba."natul ngantuk ke?kalo natul nak tdo,meh tdo kat peha izul.bile atuk dah sampai nanti izul kejut,"kata izul.aku yang tidak dapat menahan letih terus lelap di atas peha izul.sejam kemudian baru atuk tiba.sayang izul.
--------------------------------------------

minggu itu merupakan minggu di mana stok2 baju sukan tiba di sekolah.semua murid2 berebut2 mendapatkan saiz masing2.aku pegang duit yang ayah bagi kuat2.takut terlepas semasa berebut2 nanti.aku toleh ke belakang,aku lihat izul datang.aku lihat baju sukan berbalut plastik dikepit dicelah lengannya."natul nak beli baju sukan ke?nak izul belikan?ramai sangat orang tu.bak sini duit,".terima kasih..=)

izul menangis teresak2 datang ke rumah aku.sambil menjerit2 nama aku.
"natul!natul!"sambil teresak-esak.aku lihat air mata izul meleleh-leleh.dadanya turun naik sambil menahan menangis.ingin sahaja aku peluk izul waktu itu.ayah dan ibu jenguk izul di depan pintu rumah.
"kenapa ni izul?siapa buat izul ni?"tanya aku.terasa aku juga ingin turut menangis.
"abah marah izul,abah kate izul tak pandai.abah suruh datang rumah natul.suruh izul pinjam kamus natul.abah nak ajar.abah cubit."jawab izul sebak.
lantas aku berlari pergi ke rak buku aku mencapai kamus.aku hulur kamus itu kepada izul.izul pulang ke rumah sambil menangis tidak henti.

pak uda tidak pernah datang untuk penilaian report card izul.tiap-tiap tahun ayah aku yang akan bertugas sebagai 'ayah' kepada izul.mujur ayah dan pak uda adik beradik.jadi ayah tidak berkira sangat memandangkan ayah faham benar perangai pak uda.pak uda memang degil.pak uda ada 'mood' dia sendiri.

pak uda menikahi acik liza semasa umur izul 12 tahun.acik liza baik.sopan,pandai buat kerja rumah,baik.acik liza jaga makan minum izul.izul gembira dapat mak baru.setahun kemudian izul dapat adik.adik izul comel.izul sayang adik dia,farah.tapi beberapa tahun kemudian,izul kembali berseorangan,bila acik liza sibuk dengan farah.izul mula nakal.izul selalu dipukul dgn 'hanger' bila makcik ana(makcik kami yang balik setiap minggu ke rumah nenek) dapat tahu izul mengacau jiran - jiran di kawasan perumahan.sudah menjadi kebiasaan izul keluar pagi dan balik malam bermain dengan rakan2.

waktu makin berlalu,kami makin membesar.kelas kami tidak lagi sama di sekolah menengah.kami makin jarang bebual.sekadar bertanya kabar apabila terserempak di sekolah.tapi seperti dulu,izul masih dengan cerita dan gaya kelakarnya dan masih suka mengusik aku setiap kali kami berselisih.rindu izul.izul rapat dengan rakan2 lelakinya di sekolah.tapi aku agak kurang selesa dengan rakan-rakannya .mereka dikenali sebagai "gangster sekolah".sering juga aku dengar izul 'fly'.izul sudah mula merokok.izul selalu ponteng skolah.tapi aku pun tidak tahu mengapa aku tetap mempertahankan izul.bukan sengaja izul berkelakuan sebegitu.
izul kurang perhatian dan belai mesra mak dan abah.

sekolah kami mengamalkan sistem MERIT.markah akan ditambah kepada sesiapa yang membuat kesalahan disiplin di sekolah.nama pelajar yang mendapat markah paling tinggi akan dipaparkan di notice board sekolah.izul nampaknya merupakan 'juara' markah merit yang bertahan buat beberapa bulan.dia mengumpul 300 points.izul banyak masalah disiplin.pada suatu hari,aku bertanya kepada izul sambil berseloroh."woaa..markah izul ah yang paling tinggi ek skang?hahaha..terernye!"
"hahahah...yeke?"jawab izul sambil tersenyum manis.
selepas keputusan PMR diumumkan,izul mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.izul mahu bekerja.izul tidak mahu tinggal di rumah nenek lagi.puas ayah,nenek,makcik-makcik aku yang lain memujuk izul supaya memikirkan kembali keputusannya itu.izul masih tetap dengan keputusan berhenti sekolah.aku lihat izul tanpa berkata apa-apa.kami saling memandang.aku sendiri tidak tahu apa yang patut dikatakan.
aku takut bila aku pujuk izul,dia akan mengatakan yang aku tidak faham perasaan dia kerana aku pada waktu itu sungguh gembira dengan keputusan 8A.aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan,tetapi membiarkan sahaja izul begitu.tetapi sumpah,sungguh, aku sangat sedih,kerana selepas ini aku mungkin tidak dapat berjumpa dengan izul lagi.

aku diterima masuk mrsm.hati seronok tak terkata.ingatan tentang izul makin lama makin hilang.aku pun sudah tidak tahu apa yang jadi pada izul.tapi apa yang aku dengar,izul kini bekerja di puchong.kerja angkat2 barang?hmm...aku doakan izul bahagia dengan hidup izul sekarang.
aku balik cuti semester.pada suatu petang,sedang aku menolong nenek melipat kain,aku terima panggilan telefon mengatakan bahawa izul terlibat dalam kemalangan.izul dihantar ke hospital.izul kini koma.
aku ke hospital dengan keluarga.hanya 2 orang dibenarkan masuk dalam bilik.aku lihat izul terbaring kaku.aku dan angah bisik pada izul."izul mesti kuat.semua orang sayang izul.kami semua rindu izul.izul kuat ye,".aku lihat dada izul berombak.air mata izul mengalir.sebak aku rasakan.
kini lagi dua hari sebelum umat islam menyambut aidilfitri.telefon berdering.aku angkat,oohh acik liza.izul dah takde!izul dh tinggalkan kita semua!yaAllah cepat sungguh semua berlalu.aku diarahkan untuk mengemas rumah,sementara menunggu mayat dibawa balik.

usop,rakan baik izul.mereka berdua bekerja di puchong.usop cerita....izul kumpul duit skang ni.izul nak dpt duit banyak kemudian boleh carik emak di penang.dgr cerita emak izul ade di penang.izul dah beli motor,boleh izul naik motor jumpe emak.izul rindu emak.

hari raya pertama
emak izul,acik ani.baru pertama kali aku lihat acik ani seumur hidupku.acik ani bertanya tentang izul.acik ani rindu izul."izul ade,mak?"tanya cik ani pada nenek.nenek masih lagi menangis.izul dah takde ani.izul rindu kamu.
cerita cik ani"saya mimpi izul,izul cakap die nk jmpe saya sgt.die kate die nk jmpe saya tapi dh tak sempat,".Dalam mimpi,izul kata"emak tunggu ye"."itu yang buat saya datang sini,mak"sambung cik ani.

lambat...

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home