aku bukanlah orang yang pandai berbicara.tapi terasa nk berkongsi sesuatu wpon kongsian ini hanya dalam blog sdri yang aku anggap tak diketahui ramai.aku baru je abis tgk cite the message-story of islam.aku tau mesti ramai dah penah tgk cite ni n dh ramai pon yang tau kisah perjuangan rasulullah nih.tapi aku rs sgt terkesan bile tgk balik cite ni.aku ingat aku rs aku penah tgk cite ni ms zaman kanak2 dulu ms darjah berapa ntah.cite ni pernah disiarkan kat tv as one of the rancangan sempena maal hijrah ataupon raya haji.ms tu rancangan tv msia dipengaruhi oleh org2 yang ada kesedaran tentang fungsi utama teknologi yang dicipta(radio,tv).masa tu alhamdulillah byk program yang dpt ingatkan kite dgn tanggungjawab sbgi manusia@khalifah di bumi Allah.sentiasa ingatkan kite tentang dengan kebesaran Allah,supaya kita tidak lupa bersyukur.dan juga tak leka dengan dunia.kadang2 kita tidak sedar apa yang kita buat sekarang adalah perkara yang boleh mengalpakan kita.bile kite fikir dari segi logiknye,sume orang tahu dan jugak boleh listkan ape perkara2 lumrah yang kita biasa lakukan seharian yang bukan mengikut jalan hidup atau tuntutan islam.tapi hati ini mungkin tak bisa untuk melepaskan nikmat2 dunia lagi.belum cukup kekuatan.insyaAllah sahabat,hati boleh dididik,boleh dilentur.hati2 kita ni Allah yang pegang.hanya pada Allah kite serahkan semua..semuaaaaa...
ape yang aku cakap ni,adalah untuk peringatan diri sdri juga.kita semua manusia biasa,bukan maksum yang tidak pernah melakukan dosa.setiap hari ada je dosa yang kita lakukan sama ade secara sedar atau tidak.kita kadang2 asyik dgn kehidupan di dunia nih,sampai lupe ape tujuan sebenar Allah jadikan kita dibumi Allah nih.adakah cukup dengan hanya solat,zakat dan puasa?itu hanya perkara asas dalam islam yang membezakan kita dgn orang bukan islam.tapi pernahkah kita appreciate nikmat islam dan iman yang dikurniakan Allah ni?pernahkah terfikir cara bagaiman nak menghargai setiap kurniaan ni?adakah kamu termasuk orang2 yang bersyukur?
dari cerita the message ni,insyaAllah kita akan dapat kembali aura2 pejuang agama Allah.dapat merasa kehangatan jihad,untuk bersungguh2 menegakkan agama Allah.kita akan turut sama marah yang teramat dgn cemuhan dan juga kecaman yang diberikan oleh orang kafir.semangat mempertahankan apa yang kita pegang akan berkobar2 bile tgk cerita nih. akan turut jugak timbul perasaan sayang yang sangat pada islam.umat islam pada zaman tu teguh berpegang pada janji Allah bahawa islam pasti akan menang.kite kena sentiasa ingatkan pada diri kita setiap kali terlupa pasal janji Allah ni.maka rugilah kita jika tak termasuk dalam golongan orang yang memperjuangkan agama dan ajaran islam,kerana pastinya islam tetap akan menang wpon tanpa kehadiran kita.moga2 kita tak termasuk dlm golongan orang2 yang rugi.
kita selalu dgr orang kata,kemerdekaan malaysia yang kita kecapi adalah hasil perjuangan para nasionalisme negara.bagi aku itu adalah propaganda british yang memecahkan belahkan umat islam seluruh dunia yang sebelumnya bersatu dibawah naungan khalifah empayar besar tamadun islam.kenapa disebutkan nasionalisme@kenegaraan?tipu helah dan taktik pihak british supaya kita lebih cintakan negara berbanding negara luar.sbb itu kita masih duduk selesa apabila mendengar jeritan mangsa2 afghanistan,iraq yang juga umat islam.jika timbul pon perasaan kasihan,mungkin kasihan kita timbul daripada nilai2 moral yang memang telah wujud dari dalam diri sejak dulu,tapi bukan atas dasar ukhuwah sesama islam.pandangan mata kita,tutur kata,perilaku,pada saudara sdri harus bersifat kasih sayang.kasih sayang kerana Allah.
insyaAllah kita masih ada masa untuk berfikir walau sejenak dan masih ada waktu untuk perbaiki diri.semoga kita berada didalam golongan orang2 yang beruntung.=)