eh eh

Wednesday, March 28, 2007

surat untuk sahabat

teman,
ukhwah dibina atas dasar kecintaan terhadap Allah.bukan kerana terpaksa dan memaksa.ia lahir dr hati yang penuh rasa cinta rindu kepada Allah.pandangan aku kepadamu sahabat adalah atas dasar kasihku pada tuhan.sayangku padamu sahabat berteraskan cintaku pada Allah.
sahabat,
ceritakan semua padaku tentang keindahan akhirat,tetapi ceritakan hanya sedikit padaku tentang keindahan dunia.tunjukkan aku ketelitian hasil ciptaanNya sahaja,kebesaran nikmat pemberianNya.biar aku tidak putus2 kagum dgn yang Esa.agar aku tak berhenti mengucap kata pujian padaNya.
kawan,
sedarkan aku ketika alpa.tariklah aku menuju cahaya,moga hidupku terang selalu.tenangkanlah aku ketika aku runsing,kerna kau tahu aku tak mampu menghadapi bebanan yang berat.
rakan,
aku perlu sokonganmu wahai sahabat.agar hubungan ini diberkati Allah.semoga ukhuwah yang terbina utuh selalu.sungguh,aku mencintaimu sahabat dengan sepenuh hati ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home