eh eh

Thursday, March 06, 2008

menangis

semua orang senyap.ustaz fauzi mengelap2 airmata yang mengalir di pipi berkali.tapi airmata yang turun tak mahu juga berhenti.muka ustaz berpaling dari kami semua.suasana semakin sepi.kami tunggu ustaz.cerita ustaz masih belum habis.menyelusuri zamankehebatan rasulullah belum puas kami hadam.

sebelum itu ustaz bercerita tentang kepala cucu rasulullah,hussin dipijak.kepala hussin dipijak di atas tanah di mana rasulullah pernah mencium kepala hussin sewaktu hussin kanak2.ustaz menangis lagi.membayangkan pedih sungguh hati mengingatkan peristiwa tu.sanggup orang2 tu pijak keturunan rasulullah.manusia yang menjadi kekasih Allah.

ustaz amik masa dlm 5 minit untuk mula bercakap semula.air mata dilap sehingga kering.aku pusing kiri dan kanan,basah pipi masing2.sungguh kami harap dpt bertemu denganmu amirul mukminin.

aku tak dpt nk ckp macam mana perasaan aku waktu itu.ini kali pertama aku melihat manusia yang ikhlas menangis kerana rasa CINTA pd rasulullah.bukan sahaja cinta rasulullah,tapi juga keturunan baginda.perasaan rindu yang pedih tak dpt nak digambarkan melainkan hanya dengan tangisan.

simpan lah tangisan hanya untuk Allah dan rasul....insyaAllah.

4 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home