perempuan:boleh aku bercinta dgn kamu?
lelaki 1:boleh apa salahnya?aku juga sedang mencari cinta
perempuan:(senyum)
lelaki 1:tetapi sebelum aku mula bercinta dengan kamu,aku ingin beritahu sesuatu
perempuan:ye,tentang ape?
lelaki 1:aku hanya ada hati,tetapi tiada aqal.masihkah kamu mahu bercinta dengan aku.
perempuan:apa kelebihan hati kamu?
lelaki 1:aku boleh menyayangi kamu sampai bila2,aku boleh membelai kamu setiap masa kerana kasih sayang aku banyak tak terkata.aku sanggup berbuat apa sahaja untuk kamu.cinta aku padamu akan sentiasa dlm hati ini pagi,petang dan malam.maksud aku setiap saat.aku juga akan sentiasa membuat kamu gembira dan menurut semua kehendakmu.
perempuan:kalo begitu tak mengapalah.terima kasih
perempuan berlalu pergi.
perempuan:wahai lelaki 2,boleh aku bercinta dengan kamu?
lelaki 2:boleh jika kau mendatangkan keuntungan terhdp hidup aku
perempuan:kenapa begitu?bukan cinta perlu saling menerima kekurangan dan kelebihan?knape kau menekankan tentang keuntungan?
lelaki 2:aku tak suke membuang masa,aku inginkan sesuatu yang berbaloi.jika kau berharta,kita boleh kongsi bersama.tetapi jika kau miskin tetapi kuat berusaha,kita boleh berusaha bersama.jika kau berilmu,kongsikan dgn aku,jika kau kurang berilmu,biar aku ajarkan supaya yang ada di dlm otak aku kekal berpanjangan.jika kau tak dpt memberi aku semua itu,maka tak dptlah aku menerima cinta kau.maaf.
perempuan:knape kau tak bercerita tentang kasih sayang kepada aku?
lelaki 2:untuk apa?aku bukannya lelaki yang ada hati.aku hanya ada aqal.
perempuan terus berjalan
lelaki 3:perempuan,apa yang kau sedang cari?
perempuan:aku mencari cinta.tetapi aku sudah penat.mungkin aku ingin berehat.
lelaki 3:cinta jenis apa yang kau perlukan?
perempuan:aku juga tidak pasti.cinta yang boleh buat aku tesenyum sewaktu aku makan,minum,tidur,memasak,pergi kerja.cinta yang sering diperkatakan oleh semua org.aku mencari cinta yang sebegitu.kau tahu dimana?
lelaki 3:aku boleh bagi kau cinta itu.
perempuan:benar?
lelaki 3:iya.cinta aku cinta waras,tidak melulu.cinta aku seimbang.tidak terlalu lebih dan tidak terlalu kurang.aku kira cinta aku jenis cinta yang sempurna.
perempuan:adakah kau mempunyai hati dan aqal?
lelaki 3:itu sudah pasti
perempuan berjalan perlahan2 lagi
perempuan:di mana cinta yang aku cari ini?
lelaki 4:aku disini
perempuan:siapa engkau?
lelaki:aku lelaki yang mencintai perempuan dgn sepenuh hati,aku juga bertindak waras menggunakan aqal.
perempuan:tapi apa kelebihan kau?
lelaki 4:aku mencintai kau kerana aku mencintai Allah.
perempuan:(tarik nafas lega)