eh eh

Friday, November 17, 2006

erm

isu murtad malaysia makin lama makin besar.hmm..dalam hal mcm ni masing2 menuding jari mencari 'pensalah' dlm kes ini.
aku pasti sume org dpt berfikir dari mana sbnrnya punca kesalahan kes murtad ni.siapa nk dipersalahkan?org yang murtad?priest?kerajaan?mak bapak?ke kita?cuba fikir...

islam adalah agama yang lebih layak dan lebih mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia.islam merupakan satu2nya manhaj tunggal yang sesuai dengan tuntutan fitrah dan agama yang menyelaraskan antara tuntutan rohani dan jasmani manusia.jadi,ape yang dpt kita simpulkan disini,manusia zaman moden sekarang sudah tidak lagi menggunakan islam sebagai cara hidup.islam hanya digunakan sebagai identiti@pengenalan.tanggungjawab yang sgt besar bagi pemerintahan dlm sesebuah negara menjalankan syariah islam dr setiap segi.

bila kita mengabaikan cara hidup islam,yang diperintah Allah,semuanya pasti akan jadi tunggang terbalik.neraca kehidupan yang patutnya seimbang mengikut fitrah masing2 akan menjadi senget.manusia menggunakan nafsu sebagai panduan,bisikan syaitan sebagai petunjuk dan segala maksiat nampak indah.jelas kita dapat lihat betapa jatuh tersungkurnya manusia apabila tewas dalam peperangan melawan syaitan.

"kalaulah tidak kerana syaitan itu sering berputar disekeliling hati anak2 Adam nescaya mereka akan dapat melihat kerajaan langit dan bumi"
(hadith riwayat imam ahmad daripada abu hurairah)

"(pujukan org munafik itu) samalah dgn pujukan syaitan ketika dia berkata kepada manusia "kufurlah kamu"maka tatkala manusia kafir dia berkata:"sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu,keran sesungguhnya aku takut kepada Allah tuhan semesta alam"
(al-hasyr:16)

apabila hati dah mati dan keras,cahaya akal pon akan padam maka terbukalah segala pintu masuk syaitan dalam jiwa manusia yang cuba mengelirukan dan memesongkan lagi akidah.hanya ilmu dan iman yang dapat menggagalkan 'attack' dr syaitan ini.
masalah yang dihadapi dekat malaysia ni bepunca dari masalah akidah dan juga pemahaman tentang agama Allah.rasa sedih sgt melihat org yang murtad yang tak sedar betapa suci bersihnya agama Allah yang syumul nih.rugi!tatau nk kate ape..=(

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home